Berhajat Pada Pandangan Manusia
Sebahagian kisah 'Perihal Riak' yg kita rasa kita tidak terkena walhal kita mungkin sedang melakukannya.
Baca perlahan2 dan berulang untuk dapat kefahaman.
Riak adalah melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu bukan kerana Allah.
Buat sesuatu / tinggalkan sesuatu (untuk menunjukkan diri kita tidak suka menunjuk2 atau tidak suka riak) juga termasuk dlm perbuatan riak.Eh, macam mana tu yer?
Allahu Akbar. Begitulah halus jarum Iblis.
Al Qadhi Iyadh dalam Faid Al Qadhir menyebutkan sifat riak itu termasuk dlm dalil kebodohan, tanda buruknya amalan dan buruknya pandangan.
Misalnya satu org yg tidak suka memakai pakaian yg cantik2 dan mewah untuk menunjukkan kepada org lain, bahawa dirinya tidak suka bermegah padahal dia org2 yg beharta, adalah termasuk perbuatan Riak.
Point utama di sini, ' menunjukkan kepada org bahawasanya dia tidak suka bermegah'.
Sifat DIA TIDAK SUKA BERMEGAH itu pun, bila dia mahu buktikan kepada org, maka itulah RIAK.
Habis bagaimana?
Tak perlu buktikan pada sesiapa pun bahawa dirinya tak suka menunjuk2.
Misalnya juga, satu org yg ingin bersedekah RM100 tetapi sebab ada kawannya bersama, maka dia tinggalkan sedekah untuk tujuan menjaga hatinya supaya tidak menunjuk2 pada kawannya. Biarlah nanti2 di belakang kawannya dia bersedekah. Lalu dia menunda kebaikan itu kerana kawannya tadi.
Maka itu juga dikira riak.
Sifat menunda2 kebaikan kerana kawan, itulah riak. Sedang Allah berfirman untuk bersegera dlm kebaikan semata2 kerana Allah.
Inilah ikhlas.
Kerana itu ikhlas hal yg paling tinggi dan teratas kerana seringkali riak akan mengambil tempat.
Riak itu bukan sekadar menunjukkan harta dgn tujuan berbangga2. Tetapi juga menunjukkan diri seolah2 'zuhud' , tidak berhajat kepada harta, supaya dipandang oleh manusia dgn pandangan begitu merendah diri, itu juga dikira riak.
Maka bilakah saat seseorang itu tidak riak?
Bila dia tidak perlu kepada pandangan manusia untuk melakukan amal2 solehnya. Bila dia tidak perlu buat atau tinggalkan sesuatu kerana manusia.
Pakai apa sahaja kerana Allah tetapi tidak sehingga mengundang fitnah.
Pakai juga mewah berjenama, bergaya asal patuh syariah atau sederhana kemas bersih, tetap patuh syariah sebagai tanda syukur atas nikmat Allah. Maka tidak ada dosa bahkan menjadi kecintaan Allah.
Apa sahaja kerana Allah. Dan Allah itu cantik.
Tidaklah sesuatu yg mulia memakai pakaian2 lusuh dan buruk, atau koyak sedangkan mampu, untuk menunjukkan bahawa dia zuhud, cukup apa yg ada, sedangkan dia kaya berharta.
Zuhud itu di hati bukan di pakaian. Jika Zuhud itu di pakaian, binatang seumpama kambing, lagilah lebih2 zuhud. Kerana langsung tidak perlu berpakaian.
Zuhud itu bukan pada pakaian. Kerana ramai org berpakaian ala kadar, sederhana tidak menunjuk2, tetapi nafsunya besar di dalam. Serakahnya dan sakit matanya melihat org lain seolah2 menunjuk2 walhal dia merasakan diri dia yg betul kerana tidak suka menunjuk2.
Allah...
Sesungguhnya hendaklah dia menzahirkan nikmat yg Allah beri pada dirinya dgn penuh takzim dan syukur lalu dia terlihat seperti org yg ' memiliki' agar org2 boleh meminta sesuatu darinya.
Hendaklah dia suka memberi bukan sahaja sedekah kepada org jauh atau org susah tetapi melazimi memberi hadiah dalam keluarganya sendiri, suami isteri, anak2, menantu, cucu, kerana memberi hadiah ni tanda syukur dan ia merupakan bahagian dari perintah Nabi untuk menjinakkan hati dalam berkasih syg dan Nabi amat2 suka memberi dan menerima hadiah.
Begitu juga berapa ramai manusia tinggalkan solat atau lengahkan solat atau berhajat qadhokan solat atas sebab manusia lain dan urusan lain yg tidak mendesak pun yakni melibatkan nyawa. ( jika melibatkan nyawa sekali pun, ada kaedah tertentu untuk solat)
Utamakan solat dan segera dlm solat. Lebih bnyk nikmat, lebih bnyk syukur. Lebih bnyk taat. Lebih bnyk takut Allah. Lebih bnyk mengajak manusia kepada kebaikan. Lebih banyak tinggalkan apa kata org, tinggalkan apa pandangan org.
Tetapi terus kepada apa pandangan Allah terhadapku.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.
Dan Allah itu Maha Pemurah.
Maka jadilah org2 kaya yg pemurah hati terutama pada anak2 cucu, ibu ayah, adik beradik dan anak menantu.
Dan janganlah menjadi org2 kaya yg membesarkan pandangan manusia di dalam hati. Juga jangan menjadi org2 kaya yg sombong merasa diri lebih bagus.
Serta jadilah org2 yg besederhana atau org2 miskin, yg hatinya besar. Tetap suka memberi yg termampu dgn penuh syukur dan hanya berharap pandangan Allah terhadapnya.
Juga tidak sombong dan menganggap org2 kaya itu buruk bila mereka tidak mahu memberi.
Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria
No comments:
Post a Comment