Sunday, 9 January 2022

'Perihal Riak',Berhajat Pada Pandangan Manusia.

 Berhajat Pada Pandangan Manusia


Sebahagian kisah 'Perihal Riak' yg kita rasa kita tidak terkena walhal kita mungkin sedang melakukannya.



Baca perlahan2 dan berulang untuk dapat kefahaman.


Riak adalah melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu bukan kerana Allah.


Buat sesuatu / tinggalkan sesuatu (untuk menunjukkan diri kita tidak suka menunjuk2 atau tidak suka riak) juga termasuk dlm perbuatan riak.Eh, macam mana tu yer?


Allahu Akbar. Begitulah halus jarum Iblis.



Al Qadhi Iyadh dalam Faid Al Qadhir menyebutkan sifat riak itu termasuk dlm dalil kebodohan, tanda buruknya amalan dan buruknya pandangan.


Misalnya satu org yg tidak suka memakai pakaian yg cantik2 dan mewah untuk menunjukkan kepada org lain, bahawa dirinya tidak suka bermegah padahal dia org2 yg beharta, adalah termasuk perbuatan Riak.

Point utama di sini, ' menunjukkan kepada org bahawasanya dia tidak suka bermegah'.

Sifat DIA TIDAK SUKA BERMEGAH itu pun, bila dia mahu buktikan kepada org, maka itulah RIAK.


Habis bagaimana?

Tak perlu buktikan pada sesiapa pun bahawa dirinya tak suka menunjuk2.


Misalnya juga, satu org yg ingin bersedekah RM100 tetapi sebab ada kawannya bersama, maka dia tinggalkan sedekah untuk tujuan menjaga hatinya supaya tidak menunjuk2 pada kawannya. Biarlah nanti2 di belakang kawannya dia bersedekah. Lalu dia menunda kebaikan itu kerana kawannya tadi.

Maka itu juga dikira riak.


Sifat menunda2 kebaikan kerana kawan, itulah riak. Sedang Allah berfirman untuk bersegera dlm kebaikan semata2 kerana Allah.

Inilah ikhlas.

Kerana itu ikhlas hal yg paling tinggi dan teratas kerana seringkali riak akan mengambil tempat. 


Riak itu bukan sekadar menunjukkan harta dgn tujuan berbangga2. Tetapi juga menunjukkan diri seolah2 'zuhud' , tidak berhajat kepada harta, supaya dipandang oleh manusia dgn pandangan begitu merendah diri, itu juga dikira riak.


Maka bilakah saat seseorang itu tidak riak?

Bila dia tidak perlu kepada pandangan manusia untuk melakukan amal2 solehnya. Bila dia tidak perlu buat atau tinggalkan sesuatu kerana manusia.


Pakai apa sahaja kerana Allah tetapi tidak sehingga mengundang fitnah.


Pakai juga mewah berjenama, bergaya asal patuh syariah atau sederhana kemas bersih, tetap patuh syariah sebagai tanda syukur atas nikmat Allah. Maka tidak ada dosa bahkan menjadi kecintaan Allah.

Apa sahaja kerana Allah. Dan Allah itu cantik. 


Tidaklah sesuatu yg mulia memakai pakaian2 lusuh dan buruk, atau koyak sedangkan mampu, untuk menunjukkan bahawa dia zuhud, cukup apa yg ada, sedangkan dia kaya berharta.

Zuhud itu di hati bukan di pakaian. Jika Zuhud itu di pakaian, binatang seumpama kambing, lagilah lebih2 zuhud. Kerana langsung tidak perlu berpakaian.


Zuhud itu bukan pada pakaian. Kerana ramai org berpakaian ala kadar, sederhana tidak menunjuk2, tetapi nafsunya besar di dalam. Serakahnya dan sakit matanya melihat org lain seolah2 menunjuk2 walhal dia merasakan diri dia yg betul kerana tidak suka menunjuk2. 

Allah...


Sesungguhnya hendaklah dia menzahirkan nikmat yg Allah beri pada dirinya dgn penuh takzim dan syukur lalu dia terlihat seperti org yg ' memiliki' agar org2 boleh meminta sesuatu darinya.


Hendaklah dia suka memberi bukan sahaja sedekah kepada org jauh atau org susah tetapi melazimi memberi hadiah dalam keluarganya sendiri, suami isteri, anak2, menantu, cucu, kerana memberi hadiah ni tanda syukur dan ia merupakan bahagian dari perintah Nabi untuk menjinakkan hati dalam berkasih syg dan Nabi amat2 suka memberi dan menerima hadiah. 


Begitu juga berapa ramai manusia tinggalkan solat atau lengahkan solat atau berhajat qadhokan solat atas sebab manusia lain dan urusan lain yg tidak mendesak pun yakni melibatkan nyawa. ( jika melibatkan nyawa sekali pun, ada kaedah tertentu untuk solat) 


Utamakan solat dan segera dlm solat. Lebih bnyk nikmat, lebih bnyk syukur. Lebih bnyk taat. Lebih bnyk takut Allah. Lebih bnyk mengajak manusia kepada kebaikan. Lebih banyak tinggalkan apa kata org, tinggalkan apa pandangan org.

Tetapi terus kepada apa pandangan Allah terhadapku.


Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya.

Dan Allah itu Maha Pemurah.

Maka jadilah org2 kaya yg pemurah hati terutama pada anak2 cucu, ibu ayah, adik beradik dan anak menantu. 


Dan janganlah menjadi org2 kaya yg membesarkan pandangan manusia di dalam hati. Juga jangan menjadi org2 kaya yg sombong merasa diri lebih bagus. 


Serta jadilah org2 yg besederhana atau org2 miskin, yg hatinya besar. Tetap suka memberi yg termampu dgn penuh syukur dan hanya berharap pandangan Allah terhadapnya.

Juga tidak sombong dan menganggap org2 kaya itu buruk bila mereka tidak mahu memberi.


Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Tuesday, 28 December 2021

Sweet Scandalous By SugarBomb Perfumes


Sweet Scandalous By SugarBomb Perfumes




 


Top Notes:
Citrusy (mandarin), fruity (apple, raspberry liquor)

Middle Notes:
Floral (purple iris, peony, rose), woody (patchouli)

Base Notes
Balsamic (tonka bean, vanillia, praline), woody (cashmere wood, vetiver)

Scent Description~

Sweet Scandal gives out the aromas of florals and fruits. Mandarin and peony blends together and transforms into a soft yet refreshing scent. Praline gives a little sweetness into the fragrance. This combination of aromas compel women to feel passionate and sensual.

14 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum....lama Kak Zah tak berblogging....

Semoga ini permulaan yang baik untuk Kak Zah.

Temui Kak Zah di Account2 berikut juga..Ok

 Tik Tok  Facebook  Instagram

14 Amalan Murah Rezeki

Masalah kewangan perkara yang biasa dialami oleh kebanyakan manusia

Tapi faktor luaran sahaja tidak cukup, kita memerlukan juga faktor dalaman supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah.

Kak Zah akan cuba untuk kongsikan amalan untuk murah rezeki supaya kita dapat amalkan bersama-sama.

Tapi anda perlu ingat amalan ini hanyalah sebagai salah satu usaha kita dan kita kena yakin rezeki itu datangnya daripada Allah.

 

#1 Memperbanyakkan Beristighfar

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,

Firman Allah SWT maksudnya: “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi SAW; “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

 










#2 Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

 












#3 Hindari Dosa

Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :“Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

 






#4 Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa




Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 

#5 Doa Murah Rezeki Sepertimana Yang Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.

Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan, sila gantikan dhomir yang bersesuaian.

 


#6 Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang bersedekah. Mereka yang bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah.






Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.

Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”
(Al Baqarah: 261)

 












 #7 Membantu Mereka Yang Lemah

Bantulah mereka yang lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yang berbunyi; “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya; “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

 












#8 Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insya-Allah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain, insya-Allah Allah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud; “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

 




#9 Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yang berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita, semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda; “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

#10 Muliakan Tetamu Yang Bertandang

Apabila ada tetamu yang berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali, “Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah sesaorang pun ikut singgah di situ.

Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh di tengah lautan.”











#11 Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi; “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


#12 Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT; “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

 



#13 Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hamba-Nya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”  (Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)




#14 Bertawakal Kepada Allah

Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah; “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Semua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja Itu sahaja perkongsian daripada kami tentang amalan untuk dimurahkan rezeki.

Sumber: http:quranicgen.com/

'Perihal Riak',Berhajat Pada Pandangan Manusia.

 Berhajat Pada Pandangan Manusia Sebahagian kisah 'Perihal Riak' yg kita rasa kita tidak terkena walhal kita mungkin sedang melakuka...